Assalamualaikum and Hi.
Kejap, aku rasa tajuk entry aku kali ni agak jiwang mwehehe. Entry ni bukan kisah cinta dongeng, monyet atau buta ye kawan kawan sekalian. It's about friendship. Kalau rasa boring minta maaf sangat sangat sebab aku dah lama tak update blog ni. Mula-mula register bukan main rajin update dua tiga entry untuk sehari. Lama kelamaan makin malas, nak jenguk pun dah malas, nak sign in laaagi malas tapi sekarang semangat aku nak update blog sudah kembali. Yeay! Tepuk tangan. Hahahaha syok sendiri. Macamlah ada orang baca blog aku yang lawa ni em em em whatever. Let's continue my story.
Siapa form 3 angkat tangan. Yeay kita sama! Syok sendiri lagi. Mesti korang rasa lega kan after dah struggle, korbankan masa dan segala-galanya untuk PMR tahun ni. Omg. Habis je paper Arab aku rasa macam waaaah paradise. Balik rumah boleh tengok running man. Hehehe. Secara jujurnya, sepanjang hari PMR aku tak study macam orang lain. Aku study sekejap lepastu tengok running man. After PMR baru aku sedar apa yang aku buat tu salah. Nak menyesal pun dah terlambat. Sigh.
Tanpa disedari, kita dah banyak lari tajuk. Gambar dekat atas ni sudah tentulah gambar kelas aku. Hehe maaf sebab blurr. Scanner aku dah rosak hm. Gambar ni pun aku curi hihi. Kalau tak puas hati, click and then ia akan automatic enlarge tapi korang still tak nampak muka aku yang flawless tu. Mwahaha. Setiap kali aku tengok gambar ni aku akan senyum sebab dah tiga tahun kiterang bersama. Susah senang kami tetap bersama. Ceh ceh. Kelas aku ni kelas special. Tak pernah langsung ada murid baru masuk kelas ni kecuali yang pindah. Asyik muka yang sama je. Kalau ada pun masuk kelas yang seterusnya sebab kelas aku ada subjek tambahan, bahasa arab. Oh oh oh bukan nak bangga tapi realiti.
Hehe ada gambar lagi. Banyak sangat gambar tapi aku upload certain of it. Sorry Fatin, aku curi gambar kau sebab nak penuhkan entry ni. Lack of idea. Okay, sampai disini sahaja. Boring kan? Minta maaf sangat sangat. Btw, I love you guys muah muah muah. Hope that our friendship will never last.
Thank you :)

